Kisah dari seorang Guru : Mak Cik Nab Si Pengayuh Basikal

photo (5)

Kerjaya Guru di Malaysia pada hari ini merupakan satu kerjaya yang mencabar dan penuh dugaan kerana bukan hanya tugas mendidik dan mengajar murid murid sekolah tetapi juga terlibat sama dengan kerja kerja pengurusan sekolah. Bebanan tugas guru menjadi pengetahuan umum namun bagi Cikgu Razali yang baru bertugas di sebuah MRSM, tanggungjawab dan amanah guru dipikul dengan penuh dedikasi. Cikgu Razali juga terkenal dengan sikapnya yang suka bergaul dan sporting dengan murid murid menjadikan beliau seorang cikgu yang tersohor dikalangan pelajar di sekolah tersebut.

Kehidupan seorang guru yang dikelilingi ribuan murid pada setiap masa membolehkan Cikgu Razali melihat pelbagai ragam, perangai dan cerita di sebalik setiap tingkah laku anak-anak murid yang dipengaruhi oleh latar belakang keluarga dan suasana zaman. Pengalaman sebegini tidak dapat diperolehi di bidang lain hanya di bidang pendidikan. Antara pengalaman manis cikgu razali ialah, kenangan memeriksa kertas bahasa melayu di mana airmata kelakiannya menitik tanpa disedari di atas kertas jawapan muridnya. Karangan yang dibaca cikgu razali membuatkan beliau merasai apa yang ditulis oleh murid berkenaan. Karangan itu seperti berikut:

Hari ini matahari masih terbit seperti biasa. Burung burung berkicauan seolah olah ada khabar yang gembira ingin disampaikan. Angin lembut meniup perlahan seolah olah membelai seorang wanita tua yang sedang mengayuh basikal. Makcik nab, itulah panggilan orang kampung kepada beliau. Lima tahun yang lalu Mak Cik Nab kematian suami dan meninggalkan empat orang anak yang masih kecil sekitar umur 13 tahun hingga yang bongsu hanya 5 tahun.Makcik Nab redha dengan ketentuan ilahi namun tiada siapa yang tahu apakah nasib yang ditanggung oleh Makcik Nab. Mak cik nab mengayuh basikal tuanya ke rumah sesiapa sahaja sekitar kampungnya yang hanya untuk satu tujuan. Ya, hanya untuk satu tujuan iaitu untuk menjual pakaian, kain yang di raih atau diambil upah untuk menjual serta menjual hasil tanaman yang ada tumbuh dan ditanam mak dah ayah makcik nab dahulu di sekeliling rumahnya seperti pisang, rambutan, buah kelapa dan pelbagai lagi.

“Assalamualaikum”, Mak Cik Nab cuba memberi salam kepada salah sebuah rumah yang disinggahinya. “Waalaikumussalam”, sahut tuan rumah. Mak Cik Nab dipelawa masuk. Nasib baik penerimaan tuan rumah seperti besar tapak tangan nyiru dia tadahkan. Akhirnya jualan Mak Cik Nab hari ini habis dijual kerana semuanya dibeli oleh tuan rumah tadi. Mak Cik Nab mengayuh basikal tuanya menuju ke sekolah. Tempat di mana anak bongsunya belajar. Jam telah menunjukkan 12 tengah hari, oleh itu murid sekolah rendah sudah pulang. sesampainya di sekolah, dia nampak anaknya sedang menanti di bawah panas terik matahari.

“Kesiannya anak ibu berjemur tengah panas ni.” sapa Mak Cik Nab kepada anaknya. “Tak apa bu, Lia ok aja”, jawab anaknya.

Begitulah rutin harian makcik nab. Paginya Makcik Nab menghantar anaknya ke sekolah dengan mengayuh basikal. dari pagi hingga ke tengah hari menjaja baju dari rumah ke rumah kemudian mengambil anaknya dari sekolah pula. petang nanti tiga orang anaknya akan pulang. Sesampainya Mak Cik Nab di rumah Mak Cik Nab terus ke dapur untuk memasak. begitulah rutin harian kehidupan Makcik Nab. Mungkin orang sangka kehidupan Mak Cik Nab biasa sahaja hanya seperti kisah kisah makcik tua atau wanita wanita yang kematian suami. sebenarnya tidak. ada banyak penderitaan yang telah dialami oleh Makcik Nab dan sedang dialaminya. sepanjang perkahwinan Makcik Nab dengan arwah suaminya, hanya setitik kebahagiaan dapat dirasai. Mak Cik Nab menjadi isteri nombor tiga dan dia dibenci dan dicemuh oleh madu madunya yang lain sepanjang perkahwinan itu.

Mengungkit kembali kisah lama, setiap kali mak cik nab ditinggalkan oleh suaminya selama berminggu minggu suaminya hanya meninggalkan duit sebanyak ringgit malaysia 5. Sepanjang ditinggalkan mak cik nab kais pagi makan pagi, kais petang makan petang untuk menyara empat orang anaknya. pernah suatu hari mak cik nab menyuarakan rasa ketidak puashati tentang duit yang ditinggalkan suaminya namun satu tamparan maha hebat hinggap di pipi mak cik nab. hendak katakan suaminya tidak berduit? tidak. suami mak cik nab mempunyai tanah yang berekar ekar dan merupakan seorang peniaga. masakan tiada duit untuk memberi nafkah zahir kepada isterinya. setiap apa yang dilalui oleh makcik nab, dipendam sahaja dalam hati. sedikit pun tidak dibocorkan kepada orang lain.

Di malam yang hening Mak Cik Nab sujud pada allah swt dengan linangan air mata. bukan menyesal dengan takdir allah. tidak sama sekali! setiap yang terjadi ada hikmahnya. Mak Cik Nab mengangkat tangan lalu berdoa, “Ya Rahman, Ya Rahim, Ya Fatah, Ya Halim, Ya Razzak. Demi malam yng penuh dengan berjuta rahsia terkandung yang engkau ciptakan aku memohon agar diberi kekuatan untuk menghadapi dugaan yang engkau berikan. Ya Allah, anak anakku adalah permata hatiku dan aku hidup demi mereka Ya Allah. Ya Allah, berkatilah kehidupan kami dengan rahmat mu Ya Allah. kuatkanlah fizikalku agar aku dapat memberi anak anakku sesuap nasi dan supaya aku dapat membesarkan mereka dengan penuh kasih sayang dan ilmu yang berguna agar mereka berjaya suatu hari nanti. Ya Allah bantulah hamba mu ini amin”. Esakan makcik nab semakin kuat. biarlah malam itu Makcik Nab meluahkan segala-galanya kepada Allah swt.

Setelah kematian suaminya, Mak Cik Nab merasa bebanannya kurang. Tiada lagi herdikan daripada suami dan tidak perlu lagi Mak Cik Nab mengalirkan airmata kerana itu. Tahun demi tahun berlalu dan kini sudah genap sepuluh tahun suaminya menghadap ilahi. Anak anaknya semua sudah besar dan telah mencapai kejayaan dalam bidang akademik. Mak Cik Nab bersyukur ke hadrat ilahi kerana anaknya tidak lagi mensia siakan pengorbanannya selama ini. anak anaknya pula sentiasa menjaga hatinya. tidak seorang pun pernah menyakiti hatinya. inilah hikmah allah disebalik penderitaan Mak Cik Nab. Mak Cik Nab tidak pernah menyesal atas apa yang berlaku pada satu masa dahulu tetapi Mak Cik Nab sentiasa berpesan kepada anak anaknya supaya sentiasa berlaku adil walaupun kepada musuh sendiri.

Hari ini cuaca cerah sekali dan hari ini juga merupakan majlis graduasi anak bongsu Mak Cik Nab. Makcik Nab pernah berpesan pada lia, “Lia, anak kesayangan ibu ingatlah pesanan ibu ini, berakit rakit ke hulu berenang renang kemudian. jangan malas ye nak”. pesanan itu membuatkan lia berusaha bersungguh sungguh seperti menyelut pekasam biar sampai ke pangkal lengan demi ibunya yang tercinta. dan seperti diharapkan lia akan menerima segulung sijil pengiktirafan bahawan dia telah tamat belajar di salah sebuah maktab rendah sains mara dengan keputusan peperiksaan percubaan SPM 8A dan 2A-. Mak Cik Nab mengucap kesyukuran ke hadrat ilahi kerana telah mengkabulkan doa Mak Cik Nab.

photo (6)

Titisan jernih air mata Cikgu Razali mengalir dek kerana karangan ini memainkan emosi yang mendalam oleh seorang murid berumur belasan tahun. Terfikir oleh cikgu razali adakah ini realiti kehidupan sebenar murid tersebut? kerana bagi Cikgu Razali, karangan ini merupakan satu dalam ratusan bahkan mungkin karangan of the year yang diperiksa beliau untuk tahun tersebut. Tambahan pula Cikgu Razali mengenali murid tersebut, terbayang bayang wajah murid terbabit dan jika inilah kisah sebenar murid terbabit, Cikgu Razali cukup terharu atas ketabahan murid terbabit dan mendoakan kejayaan murid terbabit. Begitulah antara pengalaman manis seorang guru dalam susah payah melaksanakan tanggungjawab. Adakah guru guru lain di sana memiliki kisah kisah dan pengalaman menarik yang boleh dikongsikan? boleh email pada saya di email@rizalrazak.com.

Omar Series : Kisah Bersiri Khalifah Umar Al- Khattab 1-30 Episod

omar series

Alhamdulillah saya telah dikurniakan kesempatan oleh Allah swt untuk menonton satu cerita yang sangat hebat dan menarik iaitu Omar Series.

Umar Series merupakan drama islam yang berkisarkan sejarah Umar Al-Khattab Sebelum zaman islam beliau hinggalah pada akhir hayat beliau. Drama ini dihasilkan oleh MBC dan Qatar TV dan diarahkan oleh Hatim Ali. Terdapat kontroversi berkaitan drama ini kerana memaparkan wajah keempat empat khalifah arrasyidin iaitu Abu Bakar, Umar, Usman dan Ali kerana dipercayai tidak sesuai digambarkan wajah mereka. Namun, para penonton yang rata ratanya beragama Islam menonton drama ini memberikan respons yang sangat positif serta kualiti video yang dipaparkan juga sangat berkualiti.

Permulaan drama ini dengan Umar Al Khattab merenung kembali zaman beliau sebelum islam iaitu di saat beliau menjaga ternakan ayahnya. Dari situ beliau banyak menghabiskan masa berfikir, memahami kehidupan dan nilai kemanusiaan yang semakin kurang di zaman jahiliyyah. Seterusnya, drama ini juga mengisahkan para sahabat lain seperti Bilal bin Rabah, Khalid Al Walid, Abu Ubadillah, Abu Bakar, Abu Sufyan dan lain lain lagi. Menariknya, kita boleh melihat drama ini merangkumi kehidupan para sahabat sebelum islam dan selepas islam datang, dimana ada yang antara mereka menentang islam kemudian memeluk islam dan menjadi pahlawan serta pembela islam yang kuat. Drama ini juga memudahkan kita memahami suasana jahiliyyah seperti membangga banggakan nasab keturunan, mengutamakan kekayaan semata mata serta memudahkan kita mengenali ahli keluarga dan keturunan nabi saw serta para sahabat yang kebanyakkannya merupakan saudara mara.

Seterusnya kita dapat melihat janji Allah swt kepada Nabi Muhammad saw di awal islam iaitu Allah swt akan mengurniakan kerajaan Parsi dan Rom yang merupakan kerajaan yang kuat pada masa itu kepada Islam tertunai pada zaman khalifah arrasyidin. Saat ini kita pasti kagum akan kehebatan islam yang dalam serba kekurangan bahkan tak sampai 100 tahun pun namun mampu bangkit menjadi sebuah tamadun yang besar serta hebat dengan izin Allah swt dan mengalahkan tamadun dan kejahilan yang sudah beratus ratus tahun bahkan beribu tahun.

Sesungguhnya drama ini banyak menggunakan perkataan serta dialog dan plot plot yang berdasarkan sejarah sebenar.Menariknya, kita mampu memahami sejarah islam dengan lebih baik melalui Omar Series. Saya mencadangkan anda semua untuk menonton drama ini, dalam memahami sejarah islam serta menghargai nilai islam yang disebarkan oleh sahabat radhiallah anhum melalui pengorbanan dan susah payah mereka sepanjang hayat mereka. Semoga kita menjadi umat islam yang mukmin dan soleh. Amin.

Perkahwinan Membuka Pintu Rezeki

Perkahwinan Rizal Razak

Perkahwinan membuka pintu rezeki dan ini merupakan anugerah dari Allah swt pada hambanya yang telah melalui ujian yang susah payah sebelum berkahwin dengan sabar dan redha.

Semasa bujang, asyik terfikir siapakah pasangan kita dan sentiasa berbelanja secara boros dan tidak menentu tanpa berfikir panjang terutama dalam mencari pasangan hidup. Boleh dikatakan student universiti sanggup berbelanja RM50-RM100 untuk dinner atau lunch bersama pasangan dan balik ke rumah makan maggi untuk cover perbelanjaan tersebut kerana budget sudah lari.

Namun setelah berkahwin, setiap kali ke pasaraya untuk membeli bahan makanan dan keperluan harian, paling tidak rm150 ke atas akan habis diberlanjakan hanya untuk membeli barangan runcit paling tidak seminggu sekali atau paling lama sebulan sekali. Perbelanjaan makin meningkat tetapi tidaklah balik rumah makan maggi (kecuali mengidam). Jika dulu semasa bujang motorlah harta dan kenderaan utama, namun setelah berkahwin kereta pula sebagai pengganti bahkan rumah dan tempat tidur pun berubah menjadi lebih baik dari semasa ke semasa.

Namun rezeki yang Allah kurniakan bukanlah semata mata kewangan tetapi lebih dari itu. Sebagai contoh, pasangan yang kehilangan ibu atau bapa atau kedua duanya sekali biasanya akan mendapat mertua dimana kita boleh menumpang kasih sayang yang telah lama kita kehilangan. Kita juga akan dapat merasai bagaimana nikmatnya memiliki abang atau kakak ipar terutama bagi mereka yang kekurangan adik beradik, serta membuka dalam hidup pasangan terbabit iaitu lapangan dan persepsi hidup yang baru hasil dari kombinasi pengalaman bersama pasangan yang membentuk satu fikrah yang menyantuni kehidupan suami isteri dalam melayari kehidupan rumahtangga.

Akhir kata, bagi pasangan yang belum berkahwin silalah berkahwin insya allah dgn niat dan perlaksanaan yang baik jalan ke arah perkahwinan akan dipermudahkanNya. Bagi yang telah berkahwin, semoga perkahwinan saya dan anda sekalian diberkati Allah swt, dibukankan pintu rezeki baik dari sudut kewangan, kesihatan, fikrah , ilmu dan pengalaman serta kekeluargaan yang semakin berkembang dengan dinamik dan di bawah penjagaan Allah swt senantiasa, Amin.

Perjalanan ke Alam Perkahwinan

family

Alhamdulillah setelah setahun lebih bergelar suami, saya merasakan bahawa kesusahan untuk kahwin ini adalah satu cubaan kepada pasangan yang ingin berkahwin. Cubaan dan ujian sebelum kahwin ini meliputi pelbagai aspek termasuklah kewangan, kekeluargaan, kesihatan, pekerjaan dan lain lain yang dihadapi di saat ingin mendirikan rumah tangga.

Post kali ini saya dedikasikan kepada anda semua pengalaman saya sebelum memasuki alam perkahwinan.

Kahwin merupakan satu anugerah dari Allah swt yang telah menciptakan naluri kita untuk hidup  berpasang pasangan. Dalam mencari jodoh dan calon yang sesuai, pelbagai rintangan dan cabaran dilalui kita. Pada saat kita ingin memulakan rumahtangga, juga cabaran dan halangan masih belum reda. Sesiapa yang telah melalui ijab kabul pasti mengatakan kerana kesukaran dan kepayahan untuk berkahwin ini amatlah payah sehingga kita rasakan Allah swt yang telah membantu kita dalam melalui semua ini kerana itulah kita mengatakan bila sudah Allah swt takdirkan jodoh pada kita, yang payah jadi mudah.

Antara cabaran yang dilalui ialah pasangan masih muda dan belajar, pasangan tidak memiliki kewangan yang baik, ibubapa tidak setuju atau berat hati, pasangan keliru samada calon yang dipilih sesuai atau tidak, halangan dalam kehidupan pasangan yang baru kahwin seperti kereta rosak, barang dicuri, pekerjaan ada kesulitan dan perniagaan terjejas. Kesemua contoh di atas hanyalah sebahagian kecil halangan dan cabaran yang dilalui oleh mana mana pasangan yang ingin berkahwin. Namun kesemua halangan tersebut akan dilalui dengan mudahnya jika Allah swt telah tetapkan si dia ialah jodoh kita. Sepayah mana pun masalah yang datang bertimpa timpa, sebanyak mana tangisan serta rintihan kita, dengan izin allah jika sudah ditakdirkan jodoh dia bersama kita, insha allah akan dapat dilalui dengan bantuan Allah swt melalui jalan yang kita tidak dapat menduga.

Oleh itu, selain usaha keras kita bagi memastikan majlis berjalan dengan lancar, doa yang tidak putus putus pada Allah swt adalah merupakan senjata utama disamping niat berkahwin yang betul. Ohya, niat berkahwin yang betul ini merupakan soalan pada peringkat awal yang lazimnya menjadi asas kenapa kita ingin berkahwin. Jika niatnya kerana mencari redha Allah swt, insha allah kesusahan yang dilalui walaupun perit ada jalan keluar yang telah Allah swt sediakan. Justeru, niat yang betul disertai dengan doa yang tidak putus putus dan ikhlas pada Allah swt adalah merupakan key point yang penting dalam apa jua kehidupan kita hatta dalam perjalanan ke alam perkahwinan.

Akhir kata, semoga allah permudahkan urusan perkahwinan anda dan Allah permudahkan saya melalui kehidupan selepas berumahtangga. Amin

My Rich Brother

Untitled-4

Bismillahirrahmanirrahim

The Arc of Life adalah ruang untuk penulis mengekspresikan pengalaman,pemikiran, minat, impian dan harapannya dalam mengharungi liku-liku sebuah kehidupan. Penulis yang merupakan seorang remaja pasif dan “unpredictable”, kerana terkadangnya pendiam, dan terkadangnya `havoc` meinspirasikan kejayaan abangnya sebagai salah satu sumber semangat perjuangannya dalam mencipta kejayaan dan “glorynya” yang tersendiri.

Abang penulis, yang di juga dipanggil `Rich Brother` merupakan seorang usahawan yang berjaya di Kota Bharu, Kelantan. Kejayaan beliau dalam bidang perniagaan telah menjadi inspirasi kepada kaum keluarga penulis bahkan masyarakat sekitarnya. Oleh itu, ramai saudara mara serta sahabat handai mengagumi dan bertanyakan tentang rahsia dan resipi kejayaan yang digapai Rich Brother iaitu abang penulis.

Namun, penulis melihat kejayaan dan kekayaan Rich Brother dari sudut yang lain.`The other side` yang dilihat penulis hasil dari pengamatannya dari kaca mata Rich Brother tentang bagaimana kejayaan yang digapai oleh abangnya diurus dan digunakan. Disebabkan itu, penulis beranggapan, adalah tidak wajar jika kita menilai seseorang itu hanya berasaskan kejayaan yang digapai olehnya semata. Hal ini kerana, jalan dan manhaj untuk menggapai kejayaan adalah berbeza, perngorbanan dan jerit perihnya pun jgk tidak sama kerana ia bergantung kepada jenis “kejayaan” yang dikejar itu sendiri.

Penulis merasakan apa yang terlepas pandang merupakan sesuatu soalan yang cukup penting, iaitu sejauh manakah kejayaan seseorang itu memberikan faedah kepada agamanya, keluarganya, kaum kerabat, sahabat handai,masyarakat di sekelilingnya, dan jika mampu, bangsa dan negara.

Sebagai contoh, kejayaan seorang ahli politik menjawat jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri atau Ahli Dewan Rakyat atau presiden parti,atau pun jawatan Menteri Besar bahkan jawatan Perdana Menteri sekalipun hendaklah tidak bersifat individualistik dengan berbangga akan kejayaan dan kemenangan yang diperolehi hasil pengorbanan, jerit perih dan tangisan beribu-ribu rakyat dan rakan taulan serta kaum keluarga yang menyokongnya dari belakang. Sebaliknya, dengan pengaruh dan kejayaan yang besar itu datang bersamanya tanggungjawab, amanah dan amanat yang cukup besar dan signifikan kepada masyarakat amnya.

Jika kita lihat dari skop yang lebih mikro, iaitu ketua keluarga, yakni lelaki, seharusnya menjadikan kejayaan dan keselesaan dalam berkeluarga sebagai satu booster untuk membantu masyarakat sekeliling khususnya orang kampung, ahli keluarga terdekat, rakan karib dan juga kepada mereka yang memerlukan. Ini kerana, kejayaan, kuasa, pengaruh dan kekayaan yang dicapai dan dimiliki oleh individu itu tidak kekal dan bersifat sementara bahkan dikhuatiri merosakkan dan memusnahkan dirinya dan orang di sekelilingnya jika tidak dikawal selia dan digunakan dengan baik.

Akhirnya, penulis merasakan Rich Brother masih ada misi yang belum selesai dan perlu diteruskan oleh penulis iaitu, bagaimana membantu ahli keluarga dan masyarakat sekitarnya jika sekiranya penulis berjaya memiliki kejayaan yang sama ataupun lebih lagi dari  kejayaan yang dimiliki oleh Rich Brother.

Namun,  sebelum melangkah lebih jauh dalam impianya, penulis perlu mengharungi pahit manis pengembaraan dalam mencari dan menggapai kejayaan seperti mana atau lebih lagi dari kejayaan Rich Brother… dan di situlah `The Journey for The Glory` bermula

Obstacles are meant to be crossed

STRESS

Sometimes, the problem is not really difficult and big. What make them BIG and DIFFICULT is OURSELVES.

This is because the level of big and difficult is depend on us on how we manage the probs with patient and calm.

Sabar dan tenang… tu yang jadikan sometimes prob need time to be faced of.  Because we need time to be patient, calm and think clearly without runsing resah.. marah-marah dan  segala sifat negatif.

Apabila kita halusi some probs tu dengan sabar dan tenang, di situlah level of probs kita berubah.  Itulah yang membezakan masalah orang miskin dgn orang kaya tidak sama.  Sebab orang kaya pandai selesaikan masalah kewangan dgn sabar,tenang + ilmu sedangkan orang miskin tidak.

Begitu juga  orangg sihat  tidak sama dengan orang yang sakit. orangg sihat jaga makanan+kesihatan sambil bersukan. Sedangkan orang sakit hisap rokok+ lain lain.  Itulah sebabnya kenapa  bos jadi bos. anak buah jadi anak buah. bos boleh setelkan hal hal yg penting, genting dan besar sedangkan anak buah nya tidak..

Untuk itu, masalah sebenarnya adalah satu test, ujian, exam kalau lulus.., terus naik level, !

The MORE we GIVE, the MORE it COME!

Hands

Pernah satu ketika dalam meeting ABIM Shah Alam dibangkitkan hal permainan injit injit semut ini. Yang ironinya, seorang Manager Bank Muamalat cuba untuk mentakrifkan dan menghuraikan maksud dari permainan melayu tradisional ini.

Dikatanya egini, `permainan injit injit semut ini menggambarkan yang mana kejayaan usahawan usahawan melayu pada hari digapai ini hasil dari memijak kepala orang lain, ataupun dari kesusahan orang lain seperti kesusahan pekerjanya yang bekerja berhempas pulas kepadanya, atau juga dengan memijak orang orang yang miskin untuk jadi lebih kaya raya.

Hal ini kerana, dalam permainan injit injit semut ini, tangan yang berada di atas itu terpaksa dan kena pijak tangan yang berada di bawah untuk berada di atas ataupun untuk berjaya.

Ha.. satu pendapat yang bijak dari seorang pengurus bank. Ketika meeting itu, di hadiri oleh senior chief engineer, seorang pensyarah university yang bertitle prof. dr. dan eksekutif syarikat swasta. Pada masa itu, semua angguk-angguk, tanda setuju.

Yea, kami semua setuju. Anda pun begitu? Lama kemudian, saya terfikir yang permainan tradisional kuno di zaman kita kanak-kanak ini ada maksud tersirat yang lain, yang lebih positif nilainya, persepsi itu berbeza, kenapa tidak kita memilih yang positif kan?

Pada persepsi saya, permainan injit injit ini mempunyai maksud mendalam yang bermanfaat dan elok di ajarkan kepada anak-anak.

Ini kerana, permainan ini menunjukkan tangan yang berada di bawah, yang menjadi asas dan tapak kepada tangan tangan yang lain yang berada di atasnya, akan naik ke atas selepas itu. Pelik kan?? Oh.. inilah uniknya permainan orang orang dulu tinggalkan untuk kita.

Saya rasa itulah `moral of the story` yang sebenar. Ini kerana, tangan yang berada di bawah itu menunjukkan yang pengorbanan seseorang itu dalam membantu kehidupan orang lain menjadi lebih baik dan lebih bahagia. Dek kerana itulah… tangan yang berada di bawah itu layak diletakkan di tempat yang atas sekali kerana jasa dan pengorbanannya kepada orang ramai.

Sebagai contoh, ahli politik yang nampak begitu concern dan sedaya upaya membantu rakyat ie: Datuk Seri Anwar Ibrahim mendapat sokongan dan dokongan ramai pihak walhal, Beliau mempunyai rekod yang diragukan dek kerana isu liwat bahkan kalau hal ini terjadi kepada sesiapa pun, pasti kehidupan seseorang itu akan hancur, lebur dan bertukar menjadi tragis.

Jadi lihatlah.. the power of helping others is very great and far beyond our thought and knoweldge of pyschology. So, apa yang anda fikir? adakah permainan ini teruk atau adakah anda akan ajarkan permainan ini beserta dengan falsafahnya sekali??

Secerah cahaya bulan, setenang tasik nan jernih

cropped-autumn.jpg

Tahun 2011 adalah tahun permulaan kepada perubahan dalam kehidupan sy. Setelah tiga bulan berlalu untuk tahun ini, pelbagai peristiwa, pengalaman dan kemanisan serta dugaan yang dirasai dalam menguruskan perniagaan, keluarga dan diri sendiri.

apa yang saya lihat, baik dalam kehidupan, perniagaan atau kekeluargaan- fasa yang merubah kita dari satu tahap ke tahap yang baru memerlukan pengorbanan dan `line extension` untuk menyesuaikan diri kita dgn fasa baru. sebagai contoh

1) seorang yang dalam proses sebelum,semasa dan selepas kahwin merupakan satu proses yang sukar pada mulanya dan memerlukan `line extension` untuk berada tahap yang selesa tenang dan damai. line extension ini pula tidak sama dengan semua orang. Ada yang bertunang sebulan dua then kahwin.. ada yang sampai setahun then kahwin. Bagi yang dah kahwin- mengekalkan fasa keindahan itu satu kesukaran dan bagi yang bercerai samada hidup atau bercerai mati juga memerlukan masa menerima qadha dan qadha allah swt.

2) Kemudian dalam perniagaan, bila kita melancarkan sesuatu produk yang baru, kita memerlukan line extension untuk plan product design, marketing, strategik plan yang boleh mengukuhkan business model produk terbabit supaya dlm masa beberapa tahun produk itu matang dan membuahkan hasil. line extension ni biasanya merupakan tempoh kritikal bagi kejayaan sesuatu produk sebelum produk itu berada di pasaran.

3) kita juga sentiasa mempunyai perubahan fasa- dari seorang student yang kena buat assingment, attend test n etc, kemudian kerja- ada bos, gangguan seksual pejabat, politik pejabat dan stress tempat kerja menjadi isu utama.

Fasa dalam kehidupan kita sentiasa berubah, dan perubahan itu adalah perlu, wajib dan sangat penting kerana perubahan adalah tanda kemajuan kita. perubahan meningkatkan kreativiti,inovatif dan daya saing kita semua dalam dunia yang serba kompetetif dan global.

Artikel pertama di tahun 2011, walau tajuk tak sama dengan isi blog, tp sy nak gambarkan kepada anda semua- disaat kita memandang cahaya bulan purnama yang terang dan merenung tasik nan jernih yang mengalir air sambil kita dengar bunyi pergerakkan air adalah saat yang sangat menenangkan, indah serta mendamaikan. semoga tahun 2011 menjadi tahun yang mendamai kan serta indah untuk kita semua dalam melalui fasa fasa kehidupan.